Thursday, May 31, 2007

Buku Sajak Usang

AKU KAKU
Aku
Aku adalah aku
Aku tahu siapa diri aku
Aku bingung bila memikirkan kehendak sebenar aku
Aku sendiri mencorakkan kehidupan yang bakal dilalui oleh aku
Aku mahu tunduk pada DIA yang Maha Esa yang menjadikan aku
Aku faham benar letak duduknya tahap keimanan diri aku
Aku seperti seekor anjing kotor lagaknya aku
Aku mahu damai saat pergi aku
Aku mati aku
kaku

Sunday, March 28, 2004 10:47 PM



Democracy not Democrazy

The other side of the world
People were permitted to speak

But here
People were beaten when trying to speak

The other side of the world
People would gather freely reacting to any issues

But here
People were being showered by some chemical stuff when trying to react

The other side of the world
People could get fair view about many of the issues on TV

But here
People see only garbage and rubbish on their TV

The other side of the world
People would care much about their own nation

But here
Only a few would care

The other side of the world
Call it democracy

But here
I call it democrazy

Wednesday, March 31, 2004 12:23 AM


aku dan bangunan itu

di bangunan itu
aku duduk di tembok batu
dengan niat nan satu
menunggu kamu tiba di situ

di bangunan itu
sambil menunggu kamu di situ
ku karang kata-kata rindu
yang istimewa untuk mu

di bangunan itu
penuh sesak orang bertamu
semuanya bagai meluru
bak tiada esok bagi mu

di bangunan itu
aku tabah menanti di situ
menahan resah di kalbu
menantikan kamu

di bangunan itu
tempat berlabuhnya cintaku
bagai bas-bas itu
di bawah bangunan itu

di bangunan itu
aku tetap menantikan kamu
walaupun ku tahu
cintamu tiada lagi untukku

di bangunan itu
menjadi saksi bahawa diriku
bertuah memiliki kamu
di satu masa dahulu

di bangunan itu
diniharinya aku sudah di situ
menantikan kamu
sebagai bukti sayangku padamu

di bangunan itu
rasional menjadi debu
cinta menjadi pemandu
hati menjadi batu

di bangunan itu
pernah kau tidur di bahuku
bukti kau percaya padaku
kini tinggal menjadi abu

di bangunan itu
aku terkenang cerita dulu
lalu aku menjadi sayu
kenangan cintaku di Hentian Pudu

Friday, April 30, 2004 1:06 AM



Bosan
Bosan memaut kebebasan
Kebebasan direntap kediktatoran
Dicengkam kemuraman

Bosan
Aku bosan
Bosan dengan karenah dunia yang gila
Gila nama pangkat dan harta

Bosan
Dengan semua cerita
Sama dan serupa
Memenuhi masa yang beredar

Bosan
Aku ingin terbang
Bagai bangau
Malas terbang
Bermalas diatas bahu sang kerbau

Bosan
Setiap hari dirasakan sama
Walaupun setiap hari itu berbeza
Perbezaan yang sama dirasa jua

Bosan
Mengendap seluruh jiwa
Menyelinap kesegenap saraf
Menyeludup hingga ke ruang paling dalam
Dalam kehidupan yang penuh erti ini

Tuesday, April 20, 2004 5:36 PM




Aku Cakap, Kau Angguk Saja

Aku cakap
Kau diam, angguk saja!

Aku cakap,
Mahu bikin projek mega lagi megah,
Membazir wang rakyat
Kau diam! Angguk saja!

Aku cakap,
Mahu duit KWSP, Petronas, tolong kroni kita,
Mana boleh, duit rakyat!
Kau diam!angguk saja!

Aku cakap,
Media asing tak adil,
Media kita sama juga,
Kau diam! Angguk saja!

Aku cakap,
Tak guna punya George Soros!
Padahal engkau yang boros..
Tak faham bahasa ke? Diam dan angguk saja!

Aku cakap,
Engkau ejen asing,
Habis, siapa penasihat ekonomi engkau?
Engkau nak kena? Diam! Angguk saja!

Aku cakap,
Kau letak jawatan,
Lawan tetap lawan!
Engkau melawan? Aku tuduh kau macam-macam
Yang lain diam! Angguk saja!


Aku dan Cinta

Aku
Berjalan di tengah kota
Sibuk dengan urusan sendiri
Terlupa dengan urusan pada Pencipta

Aku
Berjalan di tengah rimba melata
Unggas terbang pepohon teguh berdiri
Terleka dengan keagunganNya sang Pencipta

Aku
Merayau mencari cinta
Dari siang hingga ke dinihari
Terlupa cintaku pada Pencipta


Alpa

Lahir kemudiannya membesar
Besar kemudiannya dewasa
Dewasa kemudiannya tua
Tua kemudiannya uzur
Uzur kemudiannya mati

Sihat bukan selamanya
Sakit pasti datang mengingatkan
Lapang bukan selamanya
Kesempitan pasti datang mengingatkan
Senang bukan selamanya
Kesusahan pasti dating mengingatkan
Muda bukan selamanya
Tua pasti datang mengingatkan
Hidup jua bukan selamanya
Mati pasti datang mengingatkan

Mengingatkan betapa kerdilnya kita
Mengingatkan betapa fananya kita
Mengingatkan betapa lemahnya kita
Mengingatkan betapa alpanya kita
Mengingatkan betapa lupanya kita

Manusia yang mudah lupa
(bukan Melayu saja yang mudah lupa)

Thursday, April 01, 2004 12:06 AM




Suatu Yang Tak Ternilai.

Kau umpama dewi
Memilikimu dipuja seisi bumi
Mangabulkan impian dan juga mimpi
Menerangi hidup secerah mentari

Kau umpama permaisuri
Memilikimu, dipuji serata negeri
Menzahirkan seri sekeping hati
Menggegar seluruh balairongseri

Kau umpama Taming Sari
Memilikimu untuk menguasai
Walau seluruh Betawi dan Inderagiri
Walau Majapahit dan Singhasari
Takkan cukup walau sepelosok bumi

Itulah umpamanya ilmu dimiliki
Ilmu makrifat atau hakiki
Ukhrawi atau duniawi
Takkan penuh dadamu kau isi
Walau kau tuntut sampai kau mati
Takkan setara seisi Laut Mati
Maka janganlah kau berhenti
Sampai ke China pun pergilah kau cari



Aku anak Malaysia
Aku anak Malaysia
Tak kira Melayu atau Cina
Tak kira Iban atau India
Tak kira Jah Hut dan Bajau jua
Pokoknya aku anak Malaysia

Namun kenapa ada
Yang label sini sana
Hitam,coklat,kuning tiada beza
Pokoknya aku anak Malaysia

Namun kenapa ada
Yang takut salam Ah Seng si Cina
'Dia makan babi' katanya,
fikiran begitu sangatlah kolotnya

namun kenapa ada
yang elak tegur sapa
dengan Muthu berketurunan India
'budak gangster' kata mereka
fikiran begitu sangatlah bodohnya

namun kenapa ada
yang takut berbicara
perihal 'Hak Istimewa'
yang bagi aku hanya
buat aku terus leka

Aku, Muthu si India dan Ah Seng anak Cina
Sama-sama kita nak Malaysia
Cari makan dalam periuk yang sama
Patutlah kita kongsi bersama
Apa jua yang kita ada.

Friday, May 28, 2004 9:56 PM


Seorang Wanita Dan Tiga Laki-Laki

Wanita itu
Memburu cinta nan satu
Buat teman jiwanya yang meruntun sayu
Mengenal erti hati bersatu

Lelaki itu
Menjadi pujaan kamu
Terbawa kedalam mimpi-mimpi mu
Ukir ceria malammu yang pilu
Namun kamu
Gagal meniup api cintamu
Dalam hati lelaki itu
Hati seteguh tembok batu

Dan laki-laki itu
Yang lama memuja-muja kamu
Namun kamu
Pura-pura tak ambil tahu
Akhirnya laki-laki itu
Miliki cintamu
Dan kamu
Lemas kedalam dakapan laki-laki itu

Namun begitu kamu
Gagal lagi dalam cintamu
Cinta bertamu
Buat sementara waktu

Lelaki itu
Hadir dalam hidupmu
Memaksa kamu
Memilih antara satu
Berubah arah lagi hatimu
Dan kini kamu
Milik lelaki itu

Dan laki-laki itu
Mendoakan kamu
Bahagia hingga ke nafas terakhirmu!.

***



Dosa dan Syurga
Diburu dosa lalu
Rasa sesal memburu
Tinggal diri terpaku
Diri diam membisu

Kain putih suci itu
Terconteng warna bercelaru
Palitan dosa dulu
Akibat turutkan nafsu

Hidup jadi tak menentu
Diburu dosa lalu
Buat aku jadi begitu
Tenggelam bersama labu-labuku

Terus mencari jalan yang satu
Jalan menuju Dia yang Satu
Menuju ke satu pintu
Pintu syurga aku menuju

Namun dosa itu terus memburu
Buatku rasa malu
Untuk bertandang bertemu
Dia, Penciptaku

Moga belum tertutup untukku
Pntu taubat itu
Sucikan diri damaikan hatiku
Dari dosa yang terus memburu

YA Allah Ya Tuhanku
Ampunilah segala dosa2 ku
Yang akan datang dan telah lalu
Aku berlindung dengan Rahmatmu
Masukkanlah aku dalam Syurgamu

Saturday, May 22, 2004 4:39 PM


CERITERA BANGSAKU YANG KALAH PADA NAFSU SERAKAH

mata dah jadi merah
akal kau campak ke timbunan sampah
iman kau letak di bawah rumah
kau berimam nafsu serakah

lalu kau terkam dia yang tak bersalah
kau cemar susur salasilah
dan bila setan mula mengerah
ke nerakalah kau menyerah

dia yang panggil kau ayah
tidak kau peduli bila dia melawan payah
kau laku bagai tak bersalah
kau buat bagai perempuan murah

hah, kenapa kau pakai kopiah?
dah tak guna kau bersurah
penggambar meluru melangkah
kau tunduk malu muka memerah
bungkam di dalam kamar mahkamah

this poem, tribute to the children of Palestine..

KANAK-KANAK ITU DAN KANAK-KANAK INI

kanak-kanak itu
bersorak riang
menonton bunga api

tapi kanak- kanak ini
bersorak berani
melontar molotov cocktail
di balik bangunan hangus
dibedil Apache Yahudi bangsat itu

kanak-kanak itu
bermain tembak -tembak
dengan pistol plastik buatan Taiwan
bersama teman sepermainan

tapi kanak-kanak ini
ditembak dan menembak
mencari syahid dan sekeping tanah
yang dah lama dirampas dan di rompak

kanak-kanak itu
gembira mendengar letupan mercun bom
di malam perayaan
tapi kanak-kanak ini
rela hati menjadikan sekeping badan kering mereka
menjadi sebutir bom bergerak
lalu mereka sendiri berada di tengah cendawan api itu

kanak-kanak itu
riang-ria mengumpul batu
kerana seekor burung yang nyanyi merdu
tapi kanak-kanak ini
hanya berpelurukan batu
melawan gergasi-gergasi besi yang kebal
meranapkan rumah-rumah itu
seranap impian mereka sejak dulu

kanak-kanak itu
tergocoh-gocoh keluar rumah
terdengar bunyi kapal terbang di langit
kagum melihat ia terbang

tapi kanak-kanak ini
kelam kabut bersembunyi
terdengar ngauman kapal terbang
yang disangka jet pejuang

Tuesday, May 04, 2004 12:00 AM




Puisi: Merdekakah kita?

langsung aku berjalan atas batasan sawah
melangkaui parit dan sempadan tanah
menghayati perit dan jerih payah
moyang, datuk nenek, emak ayah
melawan penjajah

langsung aku berjalan atas permatang
meniti titian merentang tali air bercabang-cabang
menatap sejarah negara yang berliku, bercabang
titisan darah yang gugur, badan yang tumbang
untuk kita hidup senang
biar kita hidup aman dan lapang

langsung aku menyusur lorong sempit kota
lihat gelagat anak muda kita jadi buta
amannya negara buat mereka jadi leka
damainya kita buat mereka lalai alpa
merdeka kita takkan kekal lama
kalau kita terus kekal buta, leka dan alpa

langsung aku melintas hiruk pikuk bandar
cuba menyedarkan anak muda yang tak sedar-sedar
cuba buat mereka berfikir walau cukup sekadar
sesaat atau seminit
atau seketika cuma,
merdekakah kita?

Tuesday, August 31, 2004 7:28 PM



Dia jadi dingin
sedingin salju
kaku dan beku jadi batu
setiap baris kata jadi air batu
yang lancip tajam
menghiris kejam
hati ku yang takkunjung diam
mancut darah merah hangat
membasahi setiap tutur ayat
namun ia tetap dingin
hati nan hangat dulu hilang kini dingin
dibawa bayu anginseberang lautan
harap ku temu kembali api hangat
dapat ku ubat dapat ku rawat
salju pekat yang membalut lebat
hati yang kedinginan

Tuesday, September 28, 2004 10:56 AM


Kali ini aku benar-benar kehilanganmu!

Tiga tahun lalu
Aku fikir aku bakal kehilanganmu
Sebelum sempat aku mengenalimu
Tapi aku taruhkan nasibku
Judikan takdirku
Lalu aku mengenalimu

Dua tahun lalu
Aku fikir aku mungkin kehilanganmu
Sebelum dapat aku memilikimu
Tapi aku degil lagi dungu
Hati memandu
Lalu aku milikimu

Setahun lalu
Aku fikir aku pasti kehilanganmu
Sebelum bisa berlama denganmu
Tapi aku tetapkan pendirianku
Takkan melepaskanmu
Lalu berterusan begitu
Dalam salah laku

Setahun berlalu
Aku pasti yang aku telah kehilanganmu
Sebelum bisa tunaikan janjiku
Maka aku
Tunduk lesu
Serah pada takdir-Mu
Kali ini benar-benar aku kehilanganmu!

Wednesday, November 10, 2004 9:55 AM



Aku lupa
semalam aku bermimpi
betapa jelita bidadari itu datang berlari
menerjah ke dalam urat saraf

Aku lupa
semalam aku berkhayal
betapa harum bidadari itu datang bertamu
ke ruang pintu hati

Aku lupa
semalam aku terleka
betapa anggun bidadari itu datang sendiri
menyerahkan apayang dimiliki

Aku lupa
semalam aku terlena
betapa parah luka bernanah
apabila bidadari itu berlalu pergi

Aku lupa, aku lupa dan aku terlupa lagi

Thursday, January 27, 2005 7:58 PM


Wonder how much time wasted
Wonder how much bucks spent
Wonder how many opportunities passed
Wondered and wandered
Just ponder
and just wonder
How many great parts of my life I missed
Oh God!
Wish I had my wasted years back
When I give some food to a beggar
that the beggar even doesn't want to finish the food
at the first place

Thursday, January 20, 2005 2:49 PM


Lonely me, and it was yesterday
Deserted me, and it was just yesterday
helpless me, and it was yesterday
sorrow and pain in me
so... it was yesterday

I'm hopeless, I'm helpless, I'm in mess..
but it was all yesterday

and today
I'm new,
I'm brand new
I have you..

may yesterday be gone
as forever as it should be...

(originally remastered, early version was created at 4.36 a.m 26/12/2004)



Sometimes it's obvious
But you just couldn't see
Or you just don't want to see
Because you just only see
What you want to see

Sometimes it's hurt
To pursue something that is so far away
Something that out of grabs
Something that just out of reach
But you just couldn't stop chasing
Because you just being ignorant
Or just being arrogant

Sometimes it feels bad
To be left unnoticed
But to leave something that you noticed
Is far more bad, far more sad

Sometimes it's just right
To do something that you feel just right
Without fear or fright
Because life is just straight
To be hurt and to bleed
Or to hurt and to be bled

Monday, February 28, 2005 12:48 PM




Sajak Tentang Masyarakat Yang Hilang Punca

Di sebalik kopiah
tersebutlah sebuah kisah
kisah manusia yang lemah
yang hanya mampu berserah
pada tuntutan nafsu serakah

Di sebalik kopiah
rupanya tersorok otak yang amat lucah
dan perangai buas binatang itulah,
punca hancurnya daulah,
pesong akidah
datang bala bawa bencana dan padah

Di sebalik kopiah
masyarakat terpedaya dengan mudah
bila kau baca sedikit Surah
selang seli dengan bersyarah,
satu kampung angkat kau jadi mullah,
tapi padahal kau dajal Laknatullah,
itulah masyarakatku yang senang di helah
tertipu dengan sehelai kopiah

Di sebalik kopiah,
yang memakainya ingat-ingatlah,
jagalah kamu akhlak dan maruah,
jangan kerana nila, rosak susu sekawah,
kita kenal antara intan dan kaca yang pecah,
yang mana malaikat dan mana penjenayah,
tapi jerat berhelah yang pakai kopiah,
merata-rata dan bersepah-sepah!

Thursday, February 24, 2005 8:59 AM




Hold Me

Hold me tight
Like you never let me go
as if my death comes on it's way
because if that happened
you could never feel the warm touch of my sincere love
only cold and lonely will take the place
and as I live
i promise
there will nobody could harm you
because I am your guardian angel
sent by God to protect you
and there would be no shortlived joy, I pray
because 'you' and 'me' means 'us'
and 'us' means for ever

Saat itu

Saat hujan itu turun
Bawa rahmatMu
aku gerun,
tatkala bayangan Kiamat itu muncul
di kala aku lupa kisah Musa dan Harun
di kala aku ikut jejak Firaun Qarun
saat lalai aku berkurun
bayangan NerakaMu berkerumun
teringat Dia yang Hayyun
teringat sesat yang kekal
Seperti Bani Israil melata bertahun-tahun
mundar-mandir di tengah-tengah gurun

Furqan itu ku susun
sambil mataku lencun
kenang dosa seluas dusun
pahala cuma setitis embun

Wednesday, February 02, 2005 11:47 AM



I have to go away
Run away, far, far away
Even beyond the Milky Way
and I say,
I may.

Running away
It's not the answer anyway
Yes, indeed, it's still okay
To run away from the game you play
Then just pray
Hoping for miracle that might comes on your way

Once, I beg for your say
To love me and to..., what? Hey!
What have you done to me today?
Drive me crazy... owh.. it's so yesterday

Then, for the love that already have been decayed
Let us forget everything we have said,
Let us focused,
To the future that, before us, it's laid
Forget the moment of despair, bitter and sad
Those memories just meant to be wasted,
to be dispose and to be cremated,
The love? Ahh.. It's just dead!

And before my eyes, I foreseen the day,
When a couple spill their laughters of joy and cheer,
When one should shed his tears, crying in fear,
Where the story ends there.

Tuesday, May 10, 2005 4:54 PM


When I stuck my finger
Into your mouth
And suck it like a little baby
I just love the feeling my dear
When I kiss your lips
You give it all
And I took them all
No hesitation at all
When I hug you
It's like a whole world in my hand
When I grab you from your back
Your moan and your groan
Made me unable to sleep
For whole night
I just keep it
Just bear it
But please don't do that yet
Don't let them go now
Just kiss me, hold me
Hug me, touch me
Undress me, untie me
Lie down, calm down
Heat up, push up
Crawl onto me
Please say something honey
Until you ask for more
I just can't help it
Just let the game begin!

Friday, June 24, 2005 7:58 AM



V.A-Virtuoso Argon

Di planet ini
Virtuoso Argon
Aku temui cinta
Aku rasai cinta

Di celah-celah kotanya
duduk 2 penghuni kota
di atas tangga-tangga yang membawa ke syurga
syurga dunia

Letak di tengah pusat cakerawala
Nama:Krypton Lima
Sibuk dan sesak
dari siang ke malam
berhibur galak

Virtuoso Argon
Aku rasai nikmat sang hawa
Aku rasai manis bibirnya

Tapi belum sempat lagi aku tiduri
Belumpun sempat bermalam lama
Si hawa sudah pergi
Tinggalkan aku terkapai-kapai
seorang diri di sini

Sunday, July 31, 2005 4:48 AM



Penjara

Terpenjara dalam bilik putih
Putih suci lagi terang
tapi terasa gelap, hitam lagi pekat, melekat
ibarat malam duka nan pilu
bulan mengambang terang
tapi awan mendung melitupi

terang dalam gelap
gelap dalam terang
suci dalam noda
noda dalam suci

dosa lepas pahala
pahala lepas berdosa
iman keluar masuk
kufur datang pergi

Terpenjara dalam bilik putih
putih suci terasa gelap
hidup terasa mati
mati tatkala hidup

kehidupan yang terpenjara
antara nafsu dan iman
jalan mana kutuju?
neraka dunia syurga akhirat,
neraka akhirat syurga dunia?

Orang Kata...

ada orang kata
aku ingat aku dah jumpa
tapi aku sedikit silap

tapi tak apalah
fasal apa yang aku paling hendak
itulah yang aku takkan dapat

kata oranglah...

cinta apa setakat di hati?
tapi tak dapat memiliki?
cinta sejati, cinta suci atau cinta sepi?
sepi si pengalah
memang dasar pengalahlah!

Ada orang kata...

simpan cinta itu dalam hati
sampai mati, bawa mati,
lalu cinta itu berteman sepi
fasal sudah dibawa mati
mana mungkin mekar,
fasal dah lupus, dah mati!
mana mungkin hidup lagi...

Tapi selagi ada hati semuanya jadi,
selagi ada daya semuanya ada,
barangkali jodoh saja yang tiada!

Wednesday, August 31, 2005 4:43 AM



As the sun arise from the east
Set your mind fast
Do a thing at last
something achieved at least
Life shouldn't go to waste

Listen to your instinct
Learn from others
Look for a hint
As a gloomy days lay ahead
Grab every chances
cause it won't come twice

Nothing could be done
without hard works in constant
without sacrifice and plan
Fulfill your desire,
then You can die in peace...

Wednesday, November 30, 2005 11:01 PM



naik!naik!naik!
mak aku kata
sedang aku bersuka ria
tatkala senja tiba
di depan halaman rumah
aku menurut saja
takut dilibas talipinggang abah
aku diam sajalah

naik!naik!naik!
mak aku bising
bila aku berkelahi dengan jiran sebelah
siaplah aku kena belasah
hulur saja tangan dua-dua belah
rotan di hayun tangan di tadah
terima saja akibat padah

naik!naik!naik!
mak aku bising lagi
tapi bukan nak suruh aku naik kerumah
senja pun belum
berkelahi pun tidak

naik!naik!naik!
semua nak naik!
ni naik, semua pun naik!
sayur naik! ikan naik! beras pun naik!
gaji saja tak naik!
mana belanjawan yang 'mesra rakyat' sangat tu?
naik!naik!naik!
mak aku membebel lagi

apa yang naik mak?
aku tanya mak, mak pandang aku
mak hulur suratkhabar
suruh aku baca
"HARGA PETROL NAIK 30SEN BERKUATKUASA HARI INI"
sepatah-sepatah aku baca
oh..harga petrol naik rupanya
ingat suruh aku naik tadi
fikir aku

lantas ku usung basikal bmx aku
keluar dari garaj rumah
ku kayuh menuju ke padang permainan
dalam hati aku berkata
"nasib baik basikal tak payah pakai petrol!"

Friday, March 03, 2006 12:04 AM

Puisi I - pertama pernah aku cipta

LIFE

You may found something precious and priceless sometimes,
But who knows, it could be gone forever.

You may grab some opportunities once,
But who knows, it could be slipped away from you palm
In a blink of an eye

You may be the happiest person on earth now,
But who knows it could be turned sour then.

You may be found someone who suits you well,
But who knows, you may not meant to be together

You may be always wise when dealing with others,
But who knows, that you are always failed to manage yours

You may be have your friends on your side to cheer you up now
But who knows they could stabbed on your back unnoticed

You may be not alone for now
But no nonsense for sure,
You will be left alone as your life's end.

DEMOCRACY

I walk down on a thorny road
Walking proud and noble
Unbear and hardly withstand the pain
Hide the scarful and bleeding feet
Walking firm and steady
Long way to go, still
There's a future, still

For a wide, straight and smooth freeway
For a tiny little space
For a tiny little voice
To be heard

For a better democracy

Originally created on Saturday, March 27, 2004 11:42 PM